Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil (BERSIH) menyatakan kekesalan kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan. <br /><br />Jelas Jawatankuasa Pemandu BERSIH, pelantikan itu akan melemahkan semak dan imbang yang diperlukan bagi menjamin negara tidak kembali kepada zaman pentadbiran kerajaan terdahulu.